Salam guys… ^_^
Satu perkara yang buat korang rasa bangga tak terhingga ialah bila nama dan muka korang masuk akhbar dan majalah.. Dan seluruh Malaysia akan tahu tentang korang serta jadi buah mulut orang kampung sepanjang masa.. Tak best pun ada… semua nak best mana aci kan.. haha… kat bawah ni aku ada list kan 5 perkara yang ‘’best & xbestnye keluar paper’’… layannnnn!! hehe..
BESTNYA KELUAR PAPER…
Bila ada cerita dan gambar korang menang anugerah
yang disampaikan oleh Perdana Menteri.
TAPI TAK BESTNYA…
Bila gambar yang terpapar ialah gambar korang sedang
Terpelecok masa nak panjat tangga ke pentas siap
Nampak muka Perdana Menteri tengah tahan gelak.
BESTNYA KELUAR PAPER…
Nama korang dikaitkan dengan selebriti terkenal
Bujang dan rupawan serta hartawan pulak tu.
TAPI TAK BESTNYA…
Anda dituduh sekodeng artis tu mandi menggunakan
Kamera litar tertutup.
BESTNYA KELUAR PAPER…
Kisah kejayaan anda dimuatkan dalam
Akhbar walau satu perenggan.
TAPI TAK BESTNYA…
Bila kisah kegagalan serta keaiban
Anda diulas secara panjang lebar satu
Muka penuh.
BESTNYA KELUAR PAPER…
Bila anda dinobatkan sebagai anak
Melayu pertama dalam sesuatu bidang.
TAPI TAK BESTNYA…
Bila bidang tersebut memang anak
bangsa lain pun taknak buat seperti
merempit dan meragut.
BESTNYA KELUAR PAPER…
Bila nama anda selalu jadi tajuk utama
Akhbar setelah menjadi bintang rancangan reality.
TAPI TAK BESTNYA…
Bila realitinya korang still lagi merempat dan
Menganggur Cuma terkenal kerana gossip liar
yang memalukan.


No comments:
Post a Comment