Saturday, May 7, 2011

JUDAS : SIAPAKAH DIA??

Berjumpa lagi... Salam cinta dari hati... semalam, music video JUDAS ataw 2nd single selepasi born this way telah dipertontonkan dekat youtube... alang2 tajuknya judas.. meh arien citekan.. siapakah judas yg sebenarnya... huhu... 
1 lg, sblm arien cite.. hendaklah korg faham n tanya diri korg sendiri, apakah konsep yg dibawa oleh gaga dlm MV tu?... tepuk dada tanya hati... jgnlah ada yg menyimpang... nauzubillah....

Judas tu, mengikut kepercayaan kita sebagai MUSLIM, adalah Yahudza. Pengikut Nabi Isa a.s yang mengkhianati baginda.. tetapi dengan kuasa Allah, yahudza telah ditukar rupa seperti nabi Isa a.s....

Merujuk Gospel of Barnabas Bible  terdapat kisah2 penceritaan tentang yahudza dan Nabi Isa a.s. Perspektif buku ni setakat yang diketahui tidak bercanggah dengan Islam, boleh digunakan untuk memahami kisah Baginda dalam satu perspektif yang lebih baik dan lebih jelas berbanding dengan perspektif mengelirukan di dalam Bible.


Judas telah mengetuai gerombolan untuk menangkap Jesus kerana ingin menunjukkan tempat Jesus menyorok. Pada waktu itu, Jesus sedang bersembahyang di halaman rumah manakala para sahabatnya sedang nyenyak tidur. Apabila mendengar kedatangan gerombolan tersebut, Baginda telah masuk ke dalam rumah.Ketika itulah, para malaikat yang diketuai oleh Jibril mengangkat Baginda daripada muka bumi dan diletakkan di atas langit ketika dengan ditemani oleh para malaikat.

Judas mengetuai gerombolan memasuki rumah sejurus sebelum askar, mencari-cari Jesus. Pada waktu inilah, Allah telah merubah rupa bentuk dan percakapannya mirip Jesus. Apabila para sahabat terjaga, mereka sendiri menyangkakan beliau adalah Jesus, tetapi dinafikan. Pada waktu itulah para askar datang dan menangkapnya yang disangkakan sebagai Jesus. Judas cuba menafikan dengan menyatakan beliau adalah Judas Iscariot yang mengetuai mereka untuk menangkap Jesus. Mendengar penjelasan sedemikian, para sahabat melarikan diri dan membiarkan Judas ditangkap oleh para askar yang sudah terkeliru.

Judas telah disoal jawab, hingga akhir sekali oleh Herod sendiri. Tindakan beliau yang meracau telah menaikkan kemarahan Herod sehingga beliau dipukul dan dihina oleh para askar, tapi tidak mati. Ketua pendita yahudi yang menyangkakan beliau sebagai Jesus, khuatir beliau akan dibebaskan semula oleh Gabenor P. Pilate [beliau memang meminati Jesus, dan sudah keliru kerana sikap "Jesus" itu berlawanan sekali dengan Jesus yang beliau kenal] telah membayar wang untuk mendapatkan "Jesus". Golongan pendita dan puak Yahudi inilah yang kemudianya yang mengarak "Jesus" ke Gunung Cavalry di mana beliau dipaku kepada palang(cross) secara bogel, bersama-sama dengan 2 orang perompak lain.

Di palang itulah Judas meraung mengulang-ulang perkataan "Eli, eli lama sabathani" (God, why hast thou forsaken me, seeing the male factor has escaped and I die unjustly?). Suaranya memang mirip suara Jesus menyebabkan ramai para pemerhati bahkan para sahabatnya pun keliru melihat kematian "Jesus", sehingga ada yang mula tidak percaya kepada ajaran Jesus kerana Jesus pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan mati, sehinggalah dekat dekat dengan hari Qiamat. Para sahabat tetap dengan ajaran Jesus walaupun masih keliru dengan apa yang berlaku, kembali ke rumah masing-masing, di mana penulis(Barnabas) berserta John, James pulang bersama Maryam ibu Jesus ke Nazareth.

Pada malamnya, dua orang pengikut Jesus yang tidak bertaqwa (baca: mungkin taasub) mencuri mayat Judas dan menyembunyikannya, kemudian menyebarkan berita palsu bahawa Jesus telah hidup semula, sehingga menimbulkan lebih banyak kekeliruan. Mendengar cerita begini, Maryam menangis dan berkata :"Let us go to Jerusalem to find my son, I shall diecontent when I see him".

Perihal ini diberitakan kepada Jesus yang berada pada langit oleh para malaikat, lalu Jesus berdoa ke hadrat Allah untuk berjumpa dengan ibu serta para sahabatnya. Allah telah memakbulkan permintaannya, lalu memerintahkan 4 malaikat; Gabriel, Michael, Rafael dan Uriel untuk membawa turun Jesus ke rumah ibunya.

Di sana telah berkumpul para sahabat, Martha, Mary Magdalena dan Lazarus. Di sinilah Jesus menjelaskan perkara sebenar dan menyampaikan beberapa pesanan terakhir kepada para sahabatnya. Baginda juga menjelaskan kekeliruan dan kisah bohong terhadap baginda akan berterusan sehinggalah kebangkitan MUHAMMAD, yang akan menjelaskan hal sebenar.

Jesus juga berpesan kepada penulis (Barnabas) untuk merakamkan semua peristiwa yang berlaku, supaya golongan yang jujur beriman tidak tertipu. Baginda juga menyuruh para sahabat mengumpulkan para pengikutnya untuk pertemuan terakhiri sebelum berangkat semula ke langit pada hari ketiga.
Mereka semua berkumpul di Mount of Olives, beribadat dan menangisi perpisahan yang bakal berlangsung. Antara amanat terakhir Baginda ialah :

"Do ye then hold me and God for liars? For God hath granted to me to live almost unto the end of the world, even as I said unto you. Verily I say unto you, I died not, but Judas the traitor. Beware, for Satan will make every effort to deceive you, but be ye my witnesses in all Israel, and throughout the world, of all things that ye have heard and seen".
Setelah itu baginda diangkat semula ke langit.


inilah serba sedikit tentang judas.. wallahu'alam... hantarkan la soalan2 anda, insyaallah arien jawab...

No comments:

Post a Comment